Home
Log masukDaftar
Sedia melabur?
Daftar sekarang

Asas Pengurusan Risiko 

Tahukah anda bahawa rahsia kejayaan dalam dagangan bukan sekadar meramal pasaran dengan tepat, tetapi juga bagaimana anda menguruskan risiko dengan bijak?

Mari kita bongkar beberapa strategi mudah yang boleh membantu perjalanan dagangan anda kekal menguntungkan!

  1. Melabur dengan bijak: Hanya guna dana yang anda sanggup rugi
  2. Belanja secara terkawal: Hadkan risiko kepada 1-5% daripada akaun anda untuk setiap dagangan
  3. Pelbagaikan pelaburan: Agihkan dana ke pelbagai aset
  4. Batalkan bila perlu: Gunakan ciri pembatalan dagangan
  5. Kekal ikut pelan: Sentiasa patuhi strategi dagangan anda

Melabur dengan bijak

Mulakan perjalanan dagangan anda dengan lebih tenang dengan hanya melaburkan wang yang anda sanggup kehilangan. Anggap ia seperti perlindungan kewangan, anda tak perlu risau jika berlaku kerugian kerana dana penting anda tidak terjejas.

Belanja secara terkawal

Dalam dunia dagangan, kadang-kadang “kurang itu lebih”. Dengan menghadkan risiko kepada hanya 1-5% daripada jumlah baki akaun anda bagi setiap dagangan, anda dapat mengurangkan pendedahan kepada kerugian besar. Ingat, kejayaan bukan tentang menang besar sekali, tetapi menang secara konsisten.

Ed 103, Pic 1

Pelbagaikan pelaburan

Jangan letakkan semua harapan pada satu aset. Sebaliknya, agihkan pelaburan anda ke pelbagai jenis aset seperti saham, indeks dan logam. Strategi ini membantu mengimbangi kerugian, jika satu aset rugi, keuntungan dari aset lain boleh menutupinya.

Batalkan bila perlu

Di platform kami, anda tidak terikat sepenuhnya apabila dagangan dilihat bergerak ke arah yang tidak diingini. Gunakan fungsi pembatalan dagangan untuk keluar dan kurangkan kerugian berpotensi. Ciri ini boleh menjadi penyelamat dalam melindungi pelaburan anda.

Ed 103, Pic 2

Kekal ikut pelan

Pelan dagangan ialah pelan tindakan anda untuk berjaya. Tetapkan matlamat, tahap toleransi risiko, serta syarat untuk masuk dan keluar dari pasaran. Disiplin dalam mengikuti pelan ini membantu anda membuat keputusan berasaskan logik dan bukannya emosi, membawa kepada hasil dagangan yang lebih konsisten dan menguntungkan.

Ed 103, Pic 3

Mulakan pengembaraan dagangan anda dengan mengamalkan strategi pengurusan risiko yang mudah ini. Ingat, pelaburan yang bijak bermula dengan keputusan yang tepat dan perlindungan terhadap kewangan anda. Kekal ikut pelan, pelbagaikan dagangan, dan melabur mengikut kemampuan untuk menikmati perjalanan dagangan dengan lebih yakin.

Sedia melabur?
Daftar sekarang
ExpertOption

Syarikat tidak menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan/atau penduduk Australia, Austria, Belarus, Belgium, Bulgaria, Kanada, Croatia, Republik Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Iran, Ireland, Israel, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Myanmar, Belanda, New Zealand, Korea Utara, Norway, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Sudan Selatan, Sepanyol, Sudan, Sweden, Switzerland, UK, Ukraine, Amerika Syarikat, Yaman.

Pedagang
Program affiliate
Partners ExpertOption

Kaedah pembayaran

Payment and Withdrawal methods ExpertOption
Perdagangan dan pelaburan melibatkan tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelanggan. Sila pastikan anda mempertimbangkan secara teliti objektif pelaburan anda, tahap pengalaman dan kesanggupan ambil risiko sebelum berurusan di laman web. Aktiviti perdagangan boleh mengakibatkan kerugian sebahagian atau keseluruhan dana anda, oleh itu, anda tidak sepatutnya melaburkan dana yang anda tidak mampu untuk hilang. Fahami sepenuhnya semua risiko perdagangan dan pelaburan dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas jika mempunyai sebarang keraguan. Anda diberi hak terhad tidak eksklusif untuk menggunakan IP yang terkandung di laman web untuk kegunaan peribadi bukan komersial serta tidak boleh dipindah milik dan hanya berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan di laman web.
Memandangkan EOLabs LLC bukan dalam pengawasan JFSA, ia tidak terlibat dalam sebarang tindakan yang dianggap sebagai menawarkan produk kewangan dan permohonan untuk perkhidmatan kewangan kepada Jepun, dan laman web ini tidak ditujukan kepada penduduk di Jepun.
© 2014–2025 ExpertOption
ExpertOption. Hak cipta terpelihara.